Oleh Fazy Sahir
Sumber: http://www.freemalaysiatoday.com
SHAH ALAM: Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat yang dijadualkan hadir ke pelancaran majlis Tabung Impian Rakyat Malaysia (TIRAM) malam tadi terpaksa dimasukkan ke hospital petang semalam kerana kepenatan.
Menurut ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad, Nik Aziz dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kubang Kerian untuk mendapatkan rawatan.
"Beliau (Nik Aziz) mengalami kepenatan dan dihantar ke hospital, supaya mendapat rehat yang cukup dan tidak mendapat sebarang gangguan," kata Khalid.
Namun tanpa kehadiran Nik Aziz, 79, popularitinya tetap menjadi tarikan kepada semua yang hadir dengan tiga buah potretnya berjaya mengumpul RM11,500 pada malam itu.
Bidaan paling tinggi melalui potret beliau bertajuk ‘Tangisan Doa Syahdu’ dengan RM6,000 yang menjadi milik seorang isteri ahli perniagaan Rosinah Mohammad.
Manakala dua potret beliau iaitu ‘Seceria Suria Pagi’ berjaya memungut masing-masing RM3,000 dan RM2,000 ketika bidaan berlangsung.
Bidaan ini dilakukan untuk membantu Pakatan Rakyat (PR) mengumpul dana bagi pilihan raya umum akan datang.
Selain potret Nik Aziz, turut menyaksikan kartunis terkena Zunar mendapat bidaan kartunnya sebanyak RM3,500.
Pakatan melalui platform TIRAM ini menetapkan sasaran RM20 juta untuk mengumpul dana bagi membantu aktiviti dalam memberi kesedaran demokrasi terhadap orang ramai.
Menurut Penasihat TIRAM Datuk Husam Musa, kutipan dana ini juga bagi mempromosikan agenda perubahan kepada orang ramai dengan mereka terus mendapat akses maklumat lebih baik mengenainya.
"Jika mereka (Umno-Barisan Nasional) mengongkong media hasrat itu tidak akan berjaya. Maka kita di TIRAM perlu usaha bersepadu untuk mendekatkan jarak dengan menyediakan infrastruktur umum dengan pelbagai isu perubahan.
"Dana TIRAM ini sebagai wadah untuk memurnikan demokrasi dan terus memberi maklumat kepada orang ramai tentang penyalah gunaan kuaasa serta porak peranda pemerintah kini yang memberi impak kepada rakyat.
"Bukan sahaja di Semenanjung malah dana ini untuk rakyat di Sabah dan Sarawak," kata Husam ketika ucapan perasmiannya di stadium Melawati malam tadi.
Dalam pada itu, TIRAM turut memberi sumbangan kepada beberapa keluarga mangsa termasuklah keluarga Aminurrasyid Amzah, A Kugan, Ibrahim Libya (Memali), Teoh Beng Hock dan lain-lain.
* Ibu Almarhum adik Aminulrasyid.
* Wakil keluarga Memali.
* Wakil keluarga dianaiya polis.
Majlis perasmian itu menyaksikan kira-kira lebih 100 wakil rakyat daripada Pakatan serta 1,000 orang hadir.
TIRAM berjaya mengumpul lebih daripada RM35,000.
Sumber: http://freemalaysiatoday.com/bahasa/?p=7028
Sunday, 29 August 2010
Pakatan cadang kutip RM20 juta bagi tawan Putrajaya
Jul 20, 10 3:31pm
Sumber: Malaysiakini.
Pakatan Rakyat akan melancarkan Tabung Impian Rakyat (TIRAM) bernilai RM20 juta bagi mempersiapkan diri mereka ke Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13 akan datang.
Pengerusi TIRAM, Datuk Husam Musa berkata, pelancaran tabung itu akan dibuat pada 7 Ogos ini di Stadium Melawati Shah Alam dengan dihadiri pemimpin kanan Pakatan.
"Sehingga kini, Datuk Seri Anwar dan Tok Guru Nik Aziz sudah mengesahkan penyertaan mereka," kata Husam yang dipetik oleh Harakahdaily.
Katanya, pelancaran tabung berkenaan akan dibuat dalam bentuk majlis makan malam untuk pungutan derma dengan mensasarkan kutipan sekurang-kurangnya RM20 juta.
Mei lalu, Husam pernah menyatakan hasrat mengumpul dana RM20 juta sebagai dana Pakatan Rakyat dalam perjalanan menawan Putrajaya.
Menurut Harkahdaily, cadangan menubuhkan tabung itu diperolehinya setelah dia didakwa berjaya menggunakan peruntukan RM4 juta menyingkir bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi dan melemahkan Umno Kelantan pada pilihan raya umum 2008.
Tuduhan berkenaan dibuat bekas pembantunya, Syed Azidi Aziz atau lebih dikenali dengan nama Kickdefella.
"Kalau sebelum ini orang tuduh saya belanjakan RM4 juta untuk menghadapi pilihan raya 2008...terbukti dalam pilihan raya itu kita berjaya walaupun tuduhan itu tidak semestinya betul.
"Sekarang kita akan kumpulkan RM20 juta untuk ke Putrajaya," katanya lagi.
Husam yang juga exco kerajaan Kelantan, sebelum ini juga membuat penjelasan bahawa PAS mahupun kerajaan negeri tidak pernah membayar sesiapapun sebanyak RM4 juta seperti yang didakwa untuk menjatuhkan kerajaan termasuk bekas perdana menteri itu.
Katnya, PAS sejak dari dulu mendapat bantuan kewangan dari sumbangan ahli-ahli mereka untuk membantu perjuangan parti itu dalam menegakkan syiar Islam di negara ini.
Sumber: http://www.malaysiakini.com/news/137848

Monday, 16 August 2010
Montaj Perlancaran TIRAM - Wajah Demokrasi Malaysia
Alhamdulillah, perlancaran TIRAM berjaya diadakan pada Sabtu, 7 Ogos 2010 di Stadium Melawati Shah Alam, Selangor.
Kehadiran tetamu sehingga 1000 orang menandakan bahawa TIRAM ini mendapat perhatian, sokongan dan dokongan dari pelbagai lapisan masyarakat di Malaysia.
Saksikan montaj perlancaran TIRAM pada program tersebut. Mohon juga disebarkan agar rakyat maklum objektif TIRAM ini diwujudkan. Bersama selamatkan Malaysia!

Wednesday, 21 July 2010
Pengenalan TiRAM:.
TABUNG Impian Rakyat Malaysia (TIRAM) ditubuhkan atas kesedaran betapa perlunya suatu wadah atau platform yang membiayai usaha-usaha pemerkasaan dan memurnikan sistem demokrasi di Malaysia.
Ini termasuk menimbulkan kesedaran dan mendidik masyarakat apakah tanggungjawab mereka sebagai rakyat di sebuah negara demokratik dari aspek perlembagaan, pemerintahan Negara dan proses pilihanraya.
Tumpuan juga akan diberikan kepada kerja-kerja penyelidikan dan mempromosikan system demokrasi yang sihat bagi mempertingkatkan komitmen seluruh rakyat ke arah Negara yang lebih demokratik dan adil.

Media dijemput hadir...
Kepada: Semua Ketua Editor
MAKAN MALAM MEGA SEMPENA PELANCARAN TABUNG IMPIAN RAKYAT MALAYSIA (TIRAM)
Dengan segala hormatnya dimaklumkan suatu majlis makan malam mega akan di adakan sempena Pelancaran Tabung Impian Rakyat Malaysia (TIRAM) seperti berikut:
Tarikh : 7 Ogos 2010 | Sabtu | 27 Syaaban 1431
Masa : 8mlm – 11.00mlm
Tempat : Stadium Malawati, Seksyen 13, Shah Alam, Selangor
Tabung Impian Rakyat Malaysia (TIRAM) ditubuhkan atas kesedaran betapa perlunya suatu wadah atau platform yang membiayai usaha-usaha pemerkasaan dan memurnikan sistem demokrasi di Malaysia.

Tuesday, 20 July 2010
RM20j: impian kita bersama, kata Husam
Pakatan akan lancar tabung RM20 juta untuk PRU 13
PAKATAN Rakyat akan melancarkan Tabung Impian Rakyat (Tiram) bernilai RM20 juta bagi mempersiapkan diri mereka ke Putrajaya selepas pilihanraya umum ke 13 nanti.
Pengerusi Tiram, Datuk Husam Musa berkata, pelancarannya akan dibuat 7 Ogos ini di Stadium Melawati Shah Alam di mana semua pemimpin kanan Pakatan dijangka menyertai majlis ini.

"Sehingga kini, Datuk Seri Anwar dan Tok Guru Nik Aziz sudah mengesahkan penyertaan mereka," kata Husam kepada Harakahdaily.
Thursday, 15 July 2010
TiRAM: apa kata Husam?
Impian yang lama.
Tapi belum tercapai.
Akankah tercapai? Atau tinggal cuma impian di alam mimpi?
Impian untuk melihat Malaysia dipimpin pemimpin bersih, berjiwa rakyat, mendokong prinsip kedaulatan undang-undang tanpa mengira bulu dan warna kulit, menerusi tonggak keadilan dan kesaksamaan.
Lalu membawa ruh persaudaraan, hormat menghormati dan hidup harmoni. Membawa bersama kemakmuran yang boleh dinikmati seluruh pelusuk rakyat.
Dengan bimbingan petunjuk akhlak dan hidup beragama.

Subscribe to:
Posts (Atom)