Wednesday 21 July 2010

Pengenalan TiRAM:.

TABUNG Impian Rakyat Malaysia (TIRAM) ditubuhkan atas kesedaran betapa perlunya suatu wadah atau platform yang membiayai usaha-usaha pemerkasaan dan memurnikan sistem demokrasi di Malaysia.

Ini termasuk menimbulkan kesedaran dan mendidik masyarakat apakah tanggungjawab mereka sebagai rakyat di sebuah negara demokratik dari aspek perlembagaan, pemerintahan Negara dan proses pilihanraya.

Tumpuan juga akan diberikan kepada kerja-kerja penyelidikan dan mempromosikan system demokrasi yang sihat bagi mempertingkatkan komitmen seluruh rakyat ke arah Negara yang lebih demokratik dan adil.

Media dijemput hadir...

Kepada: Semua Ketua Editor

MAKAN MALAM MEGA SEMPENA PELANCARAN TABUNG IMPIAN RAKYAT MALAYSIA (TIRAM)
Dengan segala hormatnya dimaklumkan suatu majlis makan malam mega akan di adakan sempena Pelancaran Tabung Impian Rakyat Malaysia (TIRAM) seperti berikut:

Tarikh : 7 Ogos 2010 | Sabtu | 27 Syaaban 1431

Masa : 8mlm – 11.00mlm

Tempat : Stadium Malawati, Seksyen 13, Shah Alam, Selangor

Tabung Impian Rakyat Malaysia (TIRAM) ditubuhkan atas kesedaran betapa perlunya suatu wadah atau platform yang membiayai usaha-usaha pemerkasaan dan memurnikan sistem demokrasi di Malaysia.

Tuesday 20 July 2010

RM20j: impian kita bersama, kata Husam

Pakatan akan lancar tabung RM20 juta untuk PRU 13

PAKATAN Rakyat akan melancarkan Tabung Impian Rakyat (Tiram) bernilai RM20 juta bagi mempersiapkan diri mereka ke Putrajaya selepas pilihanraya umum ke 13 nanti.

Pengerusi Tiram, Datuk Husam Musa berkata, pelancarannya akan dibuat 7 Ogos ini di Stadium Melawati Shah Alam di mana semua pemimpin kanan Pakatan dijangka menyertai majlis ini.
"Sehingga kini, Datuk Seri Anwar dan Tok Guru Nik Aziz sudah mengesahkan penyertaan mereka," kata Husam kepada Harakahdaily.

Thursday 15 July 2010

TiRAM: apa kata Husam?

Impian yang lama.
Tapi belum tercapai.


Akankah tercapai? Atau tinggal cuma impian di alam mimpi?

Impian untuk melihat Malaysia dipimpin pemimpin bersih, berjiwa rakyat, mendokong prinsip kedaulatan undang-undang tanpa mengira bulu dan warna kulit, menerusi tonggak keadilan dan kesaksamaan.

Lalu membawa ruh persaudaraan, hormat menghormati dan hidup harmoni. Membawa bersama kemakmuran yang boleh dinikmati seluruh pelusuk rakyat.

Dengan bimbingan petunjuk akhlak dan hidup beragama.