Wednesday 21 July 2010

Media dijemput hadir...

Kepada: Semua Ketua Editor

MAKAN MALAM MEGA SEMPENA PELANCARAN TABUNG IMPIAN RAKYAT MALAYSIA (TIRAM)
Dengan segala hormatnya dimaklumkan suatu majlis makan malam mega akan di adakan sempena Pelancaran Tabung Impian Rakyat Malaysia (TIRAM) seperti berikut:

Tarikh : 7 Ogos 2010 | Sabtu | 27 Syaaban 1431

Masa : 8mlm – 11.00mlm

Tempat : Stadium Malawati, Seksyen 13, Shah Alam, Selangor

Tabung Impian Rakyat Malaysia (TIRAM) ditubuhkan atas kesedaran betapa perlunya suatu wadah atau platform yang membiayai usaha-usaha pemerkasaan dan memurnikan sistem demokrasi di Malaysia.

Sebahagian daripada usaha ini melibatkan gerakan kesedaran dan mendidik masyarakat tentang tanggungjawab mereka sebagai rakyat di sebuah negara yang demokratik samada dari aspek perlembagaan, sistem pilihanraya dan pemerintahan negara.

Tumpuan juga akan diberikan kepada kerja-kerja penyelidikan dan mempromosikan sistem demokrasi yang sihat kepada seluruh rakyat bagi menyumbang ke arah negara yang lebih demokratik dan adil.

Antara tujuan TIRAM ialah mengumpul dana bagi tujuan membiayai usaha-usaha:-

Membentuk kesedaran dan mendidik masyarakat tentang tanggungjawab mereka sebagai rakyat di sebuah negara yang demokratik samada dari aspek perlembagaan, sistem pilihanraya dan pemerintahan negara.

Melaksanakan kerja-kerja penyelidikan dan mempromosikan sistem demokrasi yang sihat kepada seluruh rakyat di Malaysia.

YABDato Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah menyatakan persetujuan menghadiri majlis ini.

Saudara-saudari boleh melayari laman web http://tirammalaysia.blogspot.com untuk maklumat lanjut ataupun menghubungi Khairol (013-366 6106), Zulfadlee (019-213 4151), Sobri Said (019-385 7160) atau Isma (019-282 5716) untuk pembelian tiket makan malam mega.

Sekian, terima kasih


Ir. Haji Izham Hashim
Pengarah
Makan Malam Perdana Sempena Perlancaran TiRAM

1 comment: